Mari Menyebut Nama NYA

Kelik-Kelik Dapat DuWet

Our Love Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 21, 2010

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.


3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.


4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar

Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Aku sudah tidak perlu berlecak armpit!!!

hye hye hye...

ni sebenarnya post yang sudah lama di peram...baru skang nak diluakkan...sebab aku dah malas tengok die kat draft...

23 Januari lepas aku dengan bangganya sehingga segala lubang hidong aku kembang telah selamat ...

bukan selamat melangsungkan perkahwinan ya tu citer aku dah post dah...ni citer pasal aku dah selamat konvo...hik hik hik...

BBA (Hons) Finance...menatang ni la yang buat aku berlecak armpit...menyudahkannya...aku buat part time sambil keje sambil belaja...finally aku dah selamat konvo...

yang menghadirkan diri masa konvo tu adalah my mom,mom in law,pa in law,sis in law and last but not least my beeelooooooooved hubby..the one and only Mohd IzmiAzrul...

aku citer brief jerk la ye...sebagai kenang2n...

VENUE : PICC PUTRAJAYA
TIME : 08.00 AM - 06.00 PM (Acara mula kul 2 petang tapi kene mai awal sebab ada rehearsal) awai tak pasukan aku mai???...cian diorang...

yang bestnyer ni le first time aku dapat teddy bear dari encik hubby yang tak lomantika langsung itu...erm itu pon mesti die beli sebab tengok owang lain sume beli kan kan kan hubby??? aisyehmen...gurau jerk tau bie...jangan majuk ek...

ni aku sediakan gambar yang tak seberapa ni untuk tontotan kowang...yang tak nak tengok sudah totop mata!!! hik hik hik..





chumel tak teddy bear tu...yang besar tu hubby hadiahkan...yang cinonet tu adik yang hadiahkan...dalam kuntuman bunga tu ada three little cute bears...so cute...




oleh kerana Allahyarham Senator Ismail telah kembali ke rahmatullah maka prof ni yang gantikan tempat Allahyarham..


hehe...ada pengalaman yang best gile2 masa konvo tempoh hari...my hubby,my mom,my mom in law & me ada buat project memunggah makanan...makanan yang disediakan soodap tempat cantik tapi takde tempat duduk...makan atas lantai...aisyehmen...

Saturday, February 20, 2010

Mari...mari...mari...sapa nak kereta...mari datang cni...

http://www.proton-edar.com.my/index.php?page=campaign&action=view&id=73


masuk kat link kat atas nun...kalo nak tengok apa diorang offer...


Enjoy Savings Up To RM10,000!


1) Drive for Holidays campaign runs from 1st January 2010 to 28th February 2010


2) The following Drive For Prosperity table apply only to 2009 stock models

Exora & Persona
RM 500 – RM 1,000

Satria Neo, Gen2 & Waja
RM 1,000 – RM 5,000


Savvy & Perdana
RM 7,000 – RM10,000


3) The savings offer under Drive for Prosperity subject to showroom stock availability.

4) The RM100 service voucher only applicable for models Persona, Satria Neo and Exora H Line Only. Offer valid for stock 2010 only.


5) All offering offered under Drive for Prosperity campaign is subject to registration made on or before 28th February 2010.


6) Valid for retail purchase only and not applicable for company’s purchase. apply only to 2009 stock model.

Friday, February 19, 2010

Genting yang sejuk tapi tak berapa nak sejuk...

Tengok title korang tak rase ke kepoyoan penulisnya...hik hik hik...

aku kat cni nak wish kat kawan2 mata sepet aku 'KONG XI FA CAI' walaupon agak dah terlambat nak wish...aku pedulik ape...aku punye belog aku punye suke la nak wish bile kan...hak hak hak

To Henni Teh Gaik Suan  kawan seperjuangan masa kat kolej dulu...to my beloved popo yang dah takde kat dunia ini...to all my chinese student Kong Xi...Kong Xi...nak angpow!!!

oh ya...CNY yang lepas kowang pi mane???ape??tak dengar la...hik hik hik...macam dalam rancangan talk show plak aku ni...

takpe la...kowang tak nak answer pon soklan aku...aku nak bagi la jawapan aku bagi owang yang tanya aku pi mana masa CNY ari tu...erm

14.02.2010 ari tu merangkap mini honeymoon aku ngan hubby ku beserta segerombolan pasukan pengaman yang kami import khas dari umah kami kat country homes...iaitu my MIL,my SIL,my BIL and my cousin...pi panjat genting...we are lucky because genting tak jauh kalo dari rawang...si it take around 1 hour to reach kaki genting...erm kat stesen kabel car...kami tak panjat sampai puncak coz keta tak servis lagik...lagipon nak jalan2 naik cable car...nak bagi rasa pengalaman naik cable car kat sepupu aku rosa tapi aku panggil die azie...hambik kau...die punyalah gayat sampai airmata jatuh bergelimpangan (ayat bombastik ni) kat lantai cable car...tak caya?? meh tengok gambar...

si rosa yang 'kegayatan' sambil ditenangkan oleh adik ina yang kononnya sangat 'cool' hik hik hik...but seriously dia memang 'cool'..

sambung balik citer...sampai2 jerk kat perhentian cable car tu kami trus carik parking n kami makan dulu sebab kami ada bawak bekalan makanan dari rumah...ya puan-puan dan tuan-tuan sekiranya puan-puan & tuan-tuan ingin bercuti ke satu tempat yang dikira agak expensive gak makanan nya...cthnya macam keropok Super Ring kalo jual kat kedai2 runcit harganya baru sahaja RM 1.50 tetapi kalo dibeli di genting harganya mencecah ke RM 2.60 setiap satu maka tidak berbaloi untuk ada meng'spend' duit anda disana baiklah anda membawa bekalan makanan dari bawah....seperti kami yang membawa nasik putih,sambal ikan bilis,telur goreng mata kerbau,sandwich handmade...teh tarik panaaasss sumernyer buatan sendiri agak menjimatkan...dan mengenyangkan sambil mulut anda tidak perlu mengeluarkan dialog seperti ini...berapa harga dia???ish...mahalnya...kalo kat bawah baru RM bla...bla...bla...tapi anda tetap beli sebab lapo...
kan senang kalo bawak sendiri...hik hik hik...aku ni dah terlebih melalut sangat..

almaklum lah sejak gred BBA(Hons)FINANCE ni aku dah agak ter'over skit bab2 spending ni...tapi seriously aku cakap jerk pandai...nak implement belum tentu...sebab aku ni hampir2 lagik jadik shopaholic sebelum ni...hak hak hak....

bila sampai kat puncak genting dengan menaiki cable car...kami pon bergegas pi ke taman tema...sambil tu tangan aku dok pantas jerk menzaaapp limau2 sepanjang jalan...ish tak malu btul...budak ni curik ek...babap kang...habis cousin aku dok tolong aku balun limau...

erm kat bawah ni aku upload la pixie mase kat genting ya...because gambar boleh menceritakan segalanya...


ini jela aku upload...yang selebihnya boleh tengok kat fesbuk....hik hik hik..

bye..bye..


Terlalu cepat rasanya masa berlalu..

Ceh budget ayat jiwang plak kat title tu...ye ye saya sedar belog ini sudah agak lama enggak di update bukan kerana kekurangan cerita dalam kamus hidup ku tapi oleh kerana 'kebusyian'ku (maafkan saya dewan bahasa & pustaka kerana merosakkan bahasa ibunda...) dalam menjalan liku2 hidup seharian selepas bergelar seorang suri dalam hidup sang arjunaku...hak hak hak...geli geleman plak aku selepas type ayat sepotong diatas...hik hik hik...

its been past 2 months already...hehe sekarang aku sudah nampak the true colour hubby ku...(para pembaca diminta jangan salah tafsir ya)...

aku nak citer skit la pasal true colour nya yang ada diantaranya aku dah tau sejak zaman cintan-cintun lagik...

1) secara fizikal nya tidak ada satu pon yang kurang..he's perfect!! hehe...ini aku sudah master dalam buat scanning...cumanya sejak kawen ni bukan aku sowang yang bulat tapi die plak dah lebih maju kehadapan..erm tak caya??? nanti aku upload pix hubby ku sowang ni yang bagai mengandung 3 bulan...
2) secara mental nya dia jugak sihat cuma kengkadang agak 'hyperactive' ermmm iye ke kengkadang? macam selalu plak aku rase...wutever la...
3) secara zahirnya aku sangat bahagia...walau ada kekurangan pon kami 'rider'jerk yang penting 'happy'..
4) secara batin plak...jeng jeng jeng....Oooopsss biarlah rahsia (sambil nyanyi ala2 Datuk Siti Nurhaliza)..aisehmen...

yang kat atas tu kan yang general la kan yang aku boleh buat kesimpulan...

antara pemerhatian lain yang aku buat atas die adalah:

1) hubby ku ini 'teleng' orang nyer...teleng ya puan-puan bukan mereng...(kalo tengok TV paling terserlah ketelengan nyer).
2) suka melombong...kalo melombong pusingan dia 360 darjah!...huh hilang selera makan aku!!!...
3) suka sangat main cak cak ngan aku...sampai aku kalo kuar dari bilik mandi kene berjaga2 takut kalo die tengah bersembunyik kat mana2 semata2 nak kejutkan aku yang memang suka la sangat terkejut ni...aisehmen...ni yang paling aku tak gemar ni!!!....tapi kalo aku yang buat takpe...hik hik hik....
4) tak suka semak2...contoh kat dalam keta aku letak la teddy bear ke...patrick the star ke...sticker ke...die mula la membebel...ukuran bebelan nya bersamaan dengan 20KM panjang..puan-puan & tuan-tuan boleh tahan ka???so aku pon dengan rasa berat hati ya!!!...bukan berat punggung...mengeluarkan mereka2 itu dari kereta...agar keselesaan pemanduan encik hubby terjaga...
5) suka sangat suruh aku vakum kereta...ape die ingat aku ni minah bangla keje kat car wash ke hape...ceh...
6) ha...inilah kelemahan die...jeng jeng jeng...encik hubby takut sangat pada Blood...kalo tengok mau pengsan...hak hak hak...erm die penah accident jatuh motor,kulit ibu jari kaki tersiat ckit jerk..ada darah ckit kepala die dah pusing...pusing...satu Malaya!!!..hik hik hik...ermm...nanti aku nak plan pedajal hubby aku la cam ni...
7) kalo encik hubby tengah mandi...saya berperanan untuk mengingatkan beliau agar...erm dialognyer camni..

Aku--> Hubby dah berus gigi bie?
Hubby -->Dah...
 
Aku--> Hubby dah shampoo rambut bie?
Hubby -->Dah...

Aku--> Hubby dah basuh punggung bie?
Hubby -->Alamak!! lupe....

hak hak hak...bukan niat untuk mengaibkan hubby ku ini tapi aku saja2 jerk buat camtu kunun nyer aku ni prihatin la kat hubby ku itu...hak hak hak dialog diatas hanya dua yang diatas sahaja btul ya yang dibawah sekali hanyalah rekaan si pengarang cerita ini...hak hak hak..blurp...


Oh Ya!! lagik satu...aku skang tinggal sebumbung dengan IBU MERTUA KU..oooohhhhh tidak...oh kassim selamat...selamatkan lah aku abang kassim selamat(sambil sebut macam seniwati saadiah ya)...hak hak hak...for me...she's the best mother in law...ever....

sampai cni dulu ya...nak gi turun makan jap!!bye bye...

Thursday, February 4, 2010

Mari sama-sama hulurkan bantuan!!

Nuffnang Charity Project – Baby Ammar

We’ve always thought that the great thing about Nuffnang is that not only do we get to share the fun times together with all the contests, movie screenings and events that we have, we end up forging real bonds and friendships along the way. On that note, we’d like to share with all of you in the Nuffnang community something that has touched our hearts recently.

2-year-old Ammar Danish has suffered from Patent Ductus Arteriosus (PDA) since birth. He has a hole in his heart which results in oxygenated blood and non-oxygenated blood mixing together, which in turn puts a lot of strain on his heart and lung arteries. In some cases, the hole eventually seals itself up after some time, but during a routine checkup on 11 January 2010, it was clear that that wasn’t the case with Baby Ammar and doctors pronounced surgery as being necessary to prevent the situation from growing worse.

Baby Ammar’s mother is Nuffnanger Asmaniza bt Mohamad Kamal, who blogs at http://mylife-asz.blogspot.com. When this misfortune was brought to our attention by some concerned Nuffnangers, we immediately felt compelled to do something to help a member of our community. The deposit for the surgery to close the PDA will cost RM12,000 and is a tremendous burden for Asmaniza, a full-time working mom with five children to feed.

There are a few ways you can help Baby Ammar get the surgery that he needs; we’re sure everyone would be able to contribute through one of the ways as mentioned below:


1. Enable ‘Show Charity Ads’ in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.

2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.

3. Make a donation to Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.


Baby Ammar’s surgery is scheduled for 22 February 2010, and the fund-raising effort will end on midnight at 17 February 2010. It is indeed a short period of time, but let us all rise to the occasion and prove to everyone the strength of a blogging community like ours. We’ll update in this post from time to time on the amount of donations raised.


Thank you all very much for your support on behalf of Asmaniza and Baby Ammar. You can check out this blog post to read more about Baby Ammar’s condtion, and if there you have any questions about this cause, please drop us a message via our helpdesk.

Sumber dipetik dari http://www.nuffnang.com.my/blog/ and posted by Robb
 
P/s : Kepada insan yang prihatin atas nasib adik comel Ammar bolehlah menhulurkan sumbangan seperti yang dinyatakan diatas.

Wednesday, February 3, 2010

Finally!!!

yay!!

Finally aku dah berjaya add Nuffnang...

erm pas ni time to make mOneY....

will update soon with new materials and new new new......hush!!!


nah amik gambar ni as selingan....