Mari Menyebut Nama NYA

Kelik-Kelik Dapat DuWet

Our Love Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 10, 2010

My New Look..

Hak hak hak..ade rase gumbira..ade rase cedey..ade rase sayang..ade rase MERDEKA!..pokoknya sume rase dah ada..semenjak aku berjaya memotong rambut ku ini..(actually bukan aku potong sendiri..tu hairstylist tu yang potongkan)..habis jahanam rambut aku dikerjakan nya..ambik ko lily..padan ngan muka ko..yang tembam cam buah epal tu..


ni lah kejadian nya selepas di jahanamkan..terjadinya ini...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hahaha..kene tipu...

ok..to be frank..this is a real one...



hik hik hik..Ooopss I did it again!!

now..betul2 punya...




buroookk... :(

Thursday, April 22, 2010

Love is You & Me..auw!!

Amboi...menggoda gitu tajuk N3 aku kali ini...

first & foremost nak ucapkan dulu Happy 2nd Anniversary to cik beba & en.anas...tahniah kerana dah berjaya mengharungi ranjau2 hidup berumahtangga..bravo2..

hehe tapi ni bukan kes nak membodek yer...ni doa ikhlas ni...Amin...

ok lah..N3 kali ni just nak menyahut cabaran contest cik beba & ni for the first time aku join contest ni..huhu...macam excited plak kan...

Bile baca belog cik beba rase cam cik beba punyer life dah complete dah...you have such a sweet little family (little..i mean..you+your hubby=si hensem en.Alif)..ni currently la kan..maybe akan ber+ lagik maybe sumday kan cik beba...

okay..enough bout the 'penganjur contest'..now nak cite skit bout my hubby & me..

Nama hubby saya encik izmi saya sangat sayangkan dia sebab dia jugak sayangkan saya...sayang disini membawa erti kata Cinta..Kasih..etc..etc..etc...

ketika N3 ni ditype...usia perkahwinan kami baru menginjak ke angka 4months&4days...

Disaat ini saya berasa sangat gumbira berada disamping en.hubby (eh..tipu mana ada disamping kan..en.hubby tengah keje ni)huhu...

I just want him to know that im really glad to be his wifey dufey...

en.hubby you are my carino mio...(^_^)


and attach here is a photo yang saya pertaruhkan untuk contest ini...


inilah dia wajah kesayangan hamba...erm nampak dari sudut tepi jerk...and kanak-kanak adalah di LARANG meniru aksi ini ya...kalau nak tunggu hingga dah kawen nanti ek..

P/S: oh ya..cik beba...fyi..saya anak jati sabah land below the wind macam your hubby tapi daerah jerk lain....

dan yang kat bawah ni adalah banner contest & link penganjur...



and as for the syarat tambahan yang dikenakan penganjur...kat right side bar saya dah ada banner Sabah Accessories yang penganjur ada jual (uina bangganya jadik orang sabah bah...)

but really kepada bakal2 buyers...i tell you that accessories2 tu memang sangat cantik & berkualiti...percayalah...ndak tipu bah...


kalo saya dipilih jadik juara..saya suka sangat kalo dapat hadiah ni...sebabnya nanto boleh saya hadiahkan kepada en.hubby saya..(jimat duit aku..huhu)

ok..cik beba..thank for giving me this opportunities tuk mencuba nasib..hehe....

dan ni prove saya dah kumen kat N3 Love is You & Me kat page cik beba...



opsss lupe nak mention..saya dah jadik Fan kat Fan Page Sabah Accessories on Facebook

-THE END-

Sunday, April 4, 2010

Dilema Panjang Pendek..

Dilema Panjang Pendek..
owh what???

No..no...no to readers jangan misunderstanding plak yerk...title diatas tu adalah tentang rambut ku ini...'

nak remain panjang atau nak selesa pendek...erm...


perlukah ianya kekal panjang begini???

atau....

ku pendekkan begini...



or begini



& lagi begini..



yang ini...atau...



atau..atau..begini



erm...rasa2 yang mana paling sesuai for the round face macam saya...

saya menginginkan rambut yang mudah diurus,selesa and yang paling penting...bila tidur rambut saya tidak tertindih oleh lengan encik hubby yang semakin membesar sizenya dari hari ke hari ya!!!

(◕ ‿ ◕) ♥ ♥ ♥ (◕ ₀ ◕)

Leave your comment if u comeout with a better idea yay!!

P/s to kak lily : idea kak lily dalam pertimbangan ni...macam best...huhu...:)



I Love this Sardar!!

(◕ ‿ ◕) ♥ ♥ ♥ (◕ ₀ ◕)

laugh till cry !!!



Boss: Where were you born?

Sardar: India ..

Boss: which part?

Sardar: What 'which part'? Whole body was born in India .



2 sardars were fixing a bomb in a car.

Sardar 1: What would you do if the bomb

explodes while fixing.

Sardar 2: Don't worry, I have one more.

Sardar: What is the name of your car?

Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.

Sardar: Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.



Sardar joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked "what you did till evening?"

Sardar: Keyboard alphabets were not in order, so I made it all right.





Museum Administrator: That's a 500-year-old statue u've broken.

Sardar: Thank God! I thought it was a new one.

At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!

Sardar: Control yourself. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?


Sardar: U cheated me.

Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.

Sardar: Radio label shows Made in Japan but radio says this is 'All India Radio! '





NOW THE LAST TWO ULTIMATE :

In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?

Sardar: Dhhuuuurrrrrrrrrr. .....

Inteviewer shouts: Stop it.

Sardar: Dhhuurrrr dhup dhup dhup...



Tourist: Whose skeleton is that?

Sardar: An old king's skeleton.

Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?

Sardar: That was same king's skeleton when he was a child .

Saturday, April 3, 2010

Mari kita tengok sape yang kenaaa!!!

ohio gozaimaz....

erm...just nak post artikel ni yang aku amik dari http://www.gua.com.my/.

mari kite tengok sape yang kenaaa...ngan sindrom2 dibawah berikut:



Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan cinta. Jika langsung tiada cemburu, pasti hubungan yang terjalin terasa hambar, tidak mencabar dan tidak berseri.




Namun jika cemburu keterlaluan, hubungan yang terbina pula pastinya penuh dengan tekanan dan ketidakselesaan. Sebaiknya di dalam hubungan cinta, kamu dan pasangan perlu bijak menangani perasaan cemburu masing-masing.



Jangan sampai dilabel sebagai kekasih yang terlalu cemburu buta oleh si dia. Lebih teruk jika rakan-rakan si dia juga tidak menyukai dengan sikapmu itu dan menjauhkan diri apabila kamu berada di samping mereka.



Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai 10 tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah keksih yang prihatin, memahami dan bertolak ansur.



1. Emosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).



2. Suka menuduh

Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.



3. Mencari kesalahan

Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.



4. Ugut bunuh diri

Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.



5. Selalu mahu 'berkepit'

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.



6. Anti sosial

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.



7. Jadi polis

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.



8. Prasangka negatif

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.



9. Takut dipermainkan

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.



10. Anti bunyi telefon

Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.
 
kah..kah...kah...ada yang terasa tak???
 

adoiyay!!!

Wednesday, March 31, 2010

Carino Mio...

huk huk huk...cian belog ni dah lama tak terusik...

aper boleh buat tuannyer asyik busy jerk memanjang ngan bende2 yang tah hape2 ntah...

aik macam tajuk kat atas tak berkaitan plak kan...erm...sajer tengah boring2 cari balik lagu2 lama yang kalau dlo2 menjadi santapan halwa telinga saat2 kebosanan..kesepian..hik hik hik...

masa kat kolej dlo lagu paling saya suka dengar adalah lagu ni:

Purest of Pain by Son By Four atau pon mana2 language pon suke gak...sebab melodi lagu ni toooo sweet to be heard...

First Love by Utada Hikaru...Kawaiiii...:) ni masa cinta mula2 berputik ngan encik jinggoat...Oooopsss..

erk...banyak lagi lagu tapi ni yang paling ada sentimental value gitu...

Oh ya...Carino mio tu maksudnye lebih kurang macam ni le...'my darling or my love'...

u get it??

oklah sampai cni dulu nanti nak citer lagi...

skang ni tengah pening kepala nak buat fesyen rambut jenis aper...rambut dah panjang dekat paras pinggang nak potong pendek cam sayang...fesyen rambut camner yang nampak kawaiiii ek???

fesyen ni dah tak mo dah..


ni masa kat kolej dlo2

ni masa ader fringe.uuuww..

so pasni nak buat camner ek??for a round face cam saya..fesyen rambut camner yang sesuai & nampak kemas..

Sunday, February 21, 2010

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.


3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.


4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar

Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.