Mari Menyebut Nama NYA

Kelik-Kelik Dapat DuWet

Our Love Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 29, 2009

SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA

Aramai Ti...


hehe hari ni walaupon banyak dugaan melanda tapi takkan nak bermurung je kan...mesti nak bergumbira jugak...


So hari ni,sebelum bangun tuk cemayang aku mulakan hari bukan dengan oats tapi dengan SENYUMAN...ni nak citer perasan skit ni...hehehe ramai owang bilang senyuman ku amatlah comel...hik hik hik (Blushing ^_^)..pufff...mesti korang nak vomit kan..I know2..but who cares? aku nak perasan gak...


hehe bukan nyer aper seyuman itu kan banyak paedahnyer...


Sebagai contoh:






1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.




2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


Cukup2 10 info kenapa kiter wajib SENYUM...:)
 


Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekadar nya sahaja okay...Ceh Nasihat Kunun..hak hak hak...kan dah tergelak..terbongkang...
 
Berikut aku postkan gambar2 ku TerSenYUm (perasan cantik)...hak hak hak..
 
 



see my 6 batang gigi..oPss..salah bilang..7 kan kan kan...







eh eh...senget nyer aku..oh tiiiidaaakkk...







ish ish ish ...seee pipi ku yang debab & hidungku yang kembang..huhu







Setelah suntik BotoX




dan senyuman yang paling memeranjatkan adalah


.
.
.
.
.
.
.
.



huhu...pelik2...


next time i post lagik yang jenis senyum yang lain-lain....


Ta...Ta....Ba..


Wednesday, October 28, 2009

Tabahkan hati harungi liku-liku hidup...

Assalamualaikum...


Semalam.27 Oktober 2009,hari yang agak bersejarah bagi aku,bukan disebabkan hari tu harijadi sesaper tetapi hari yang bagi aku banyak memberi kesedaran akan erti tanggungjawab sebagai seorang manusia.


Malam sebelum itu,aku terima satu panggilan dari salah seorang student ku mengatakan ayah kepada salah seorang lagi student ku telah kembali ke Rahmatullah.


selepas ku terima panggilan tu hati kecilku tiba2 rase terusik kerana salah satu sebabnya aku pon pernah mengalami nasib serupa seperti student ku itu,aku tau bagaimana rasa kehilangan orang yang tersayang sebab ayahku juga telah lama pergi menghadapNya..tapi aku kira nasib ku agak baik dek kerana aku masih ada ibu dan abang2 serta kakak2 yang sudi menjagaku..manakala student ku ini diuji lebih hebat daripada itu...masih lagi ku ingat ibunya juga telah dulu menghadap Illahi setahun yang lepas,semasa student ku itu mula2 masuk belajar.


Aku dapat bayangkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikulnya dengan perlu menjaga adik2 yang lain kerana dia anak sulung,dikala usianya baru menginjak 19 tahun...apalah daya dirinya...


Tapi aku bangga punya anak murid sepertinya yang ternyata lebih tabah dan kuat dari diriku...Aku yakin dia mampu berdiri dan membela nasib diri dan adik2....


Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan dapat memudahkan perjalanan hidup mereka adik beradik...


Kepada sesiapa yang membaca entry ini,ku kira elok lah kiranya kalau kita dapat sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah dan Allahyarhamah ibu beliau...semoga roh mereka dicucuri rahmat.Amin.


yang pergi takkan kembali kita yang masih selesa berpijak di bumi Tuhan harus bersyukur dan InsyaAllah masing2 dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan tabah.







P/S:Kepada pembace belog ini,sudilah kiranya kita hayati petikan diatas.InsyaAllah kita akan mensyukuri nikmat yang diberikan..walaupon dalam kekurangan...:)

Tuesday, October 27, 2009

Post yang diperap kini di post dengan jayanya

hik hik hik...tengok title kat atas,nampak sangat la malas nak post tapi teringin nak post..ish aper plak aku nak tulis ni dah (+_#) pening2 lalat jamban kepala aku sendiri...

sebenarnya aku nak post tentang kenangan di hari pertunangan ku pada bulan April lepas...tapi tu le tak tau aper nak tulis so...aku post gambar jerk la...lagi MUDAH,RINGKAS & TEPAT!!..ya itu slogan saya yang paling daring...hahaha....

poyo sendiri...



Cincin ku didalam sarang burung pipit...hehehe...




ni le kek yang aku sendiri tak dapat rase tapi owang yang rase kater sedap sebab ader coklat kat dalam..

uwaaa...uwaaa...

credit given to my sister in law sebab sudi meng'sponsor kek ini...kawen nanti jangan lupe buat lagi tapi nak 10 tingkat...ha ha ha...




Bakal ibu Mertua ku & aku...

Bakal mak Mertua : eceh! cincin ni kalau letak kat jari slim aku lagi cantik...mintak2 le tak muat kat jari si Lily ni...merase gak aku pakai cincin baru nanti.huhu....

Bakal anak Menantu : ha ha ha...nasib baik muat kat tangan aku...berbaloi baloi gak aku buat senaman jari jemari ku setiap pagi...akhirnye kurus gak skit ko ek jari...ha ha ha...




Eh...manakah senyum ku yang slalu menampakkan 6 batang gigi ku itu???
tersipu2 malu konon..cet podah...




Adik Ina si Mata Bulat & Kakak Lily si Mata Sepet..
(I Love this photo so much..eventhough di snap bukan dari camera yang mahal2 tapi ader sentimental value bagi ku...)




Serupa tapi tak sama
Kakak Noi & Adik Lily mu..
(kenapa si kakak kecil cinonet..dan kenapakah si adik besar dan gedabak?)
huhu..
Sungguh tak adil!!




Kenape Encik Izmi ader bayang-bayang kenape aku takde..uwaa...adakah disebabkan hidung ku yang tak cukup panjang...atau disebabkan pipi ku yang tembam telah menutup bayang-bayang hidungku???



lihat lah kuku-kuku ku...thanks cik bello...sudi belanja saya buat manicure..and thanks also to cik chitra for gelang itu yang sungguh cantik di pergelangan tanganku...hak hak hak (sungguh perasan nya aku)
eee..kantoi jari2 ku masih debab2..huhu...

yay!!

-THE END-



Saturday, October 24, 2009

Boring tahap gaban

huhu..boring gile 3 jam ni (tengah jaga exam)...kalo ikutkan hati ku mau saja aku jawap soalan exam skali ngan student2 ku tapi apakan daya ku ceh..sebab soklan periksa aku yang buat...bengong ke aper...hehe..tak tau nak post aper kali ni sebab aku ader skit masalah short memory...or paling bahaya tahap gaban memory lost ku yang memang slalu sangat berlaku...

so kat cni oleh kerana nak meringankan beban boring tahap gabanku aku post gambar2 ku masa kat opis tengah curik tulang walaupon time tu aku ader banyaaak paper nak mark...ha ha ha..(ketawa tahap giant)



hehe...my desk yang slalu sepah2...



kat blakang tu banyak file subject yang aku blom update isi kandungan nyer



aku yang teringinkan anak kembar...tapi bukan siam...hush...simpang malaikat 44..



Thru my window...hak hak hak...



opocot tupai liar terlepas!!!



kata si tupai kepada si burung : amek ko aku hentak ko ngan buah ni!!
kata si burung kepada si tupai : ko bodo ke aper nak hentak2 aku ni?? dari ko hentak aku baik ko hentak owang yang skodeng ko dari tadik..ceh xde privacy langsung...nyampah aku!!

CERITA BERGAMBAR MERAPU TAHAP GABAN
-THE END-

p/s: aku punya belog aku punya suke la...hahaha..

Selamat Pengantin Baru...

hehe ucapan diatas bukan untuk aku tetapi ditujukan khas buat kawan baikku merangkap kakak kesayanganku masa di kolej dulu-dulu...


kak ieza...lily ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU...semoga bahagia ke anak cucu-cicit-buyut-busut semut...ha kan tengok dah start merapu...hehehe...anyway...cantik kak ieza malam tu kaler tema kaler zahid gitu...


P/S: pandai kak ieza pilih suami...kacak gitu...he he he


sayangnyer malam tu tak sempat nak amik gambar lebih skit sebab kak ieza busy kan kan kan...tapi takpe kite paham...


ni lily upload gambar yang dapat snap malam tu...eeee malunyer kite paling chubby...uwwaaaa...




dari kiri - suami kak ieza (sorry tak ingat name) , kak ieza , si lily yang chubby & cik diera yang comey..

Thursday, October 22, 2009

Akibat Degil...

Tu la kan owang2 tua dah pesan toksah bawak keta laju2...tengok skang saper susah???

aku jugak yang susah...uwa uwa..nangis tak berlagu la aku nampaknyer...

xde mood plak nak taip2 ni...biar la aku melayan perasaan ku sekejap...

Biar la gambar menerangkan segalanya..




ni le yang membuat kan aku tension...melayang jugak la notes2 aku...uwa uwa kan bagus kalo duit2 tu aku gunakan untuk membeli bekalan product wangian kegememaranku untuk 2 Bulan...ceh...

P/S to En.Izmi : Boleh ke kirenye cik abang tulun coverkan perkara diatas untuk cik adik mu ini....

uwaaa...uwaa tulun bagi respond...la cik abang....


Wednesday, October 21, 2009

Sebagai Menghargai student2 ku yang gile2



Salam....harini student2 masih bercuti lagik...cuma cikgu-cikgi jerk yang dah start kije...ceh malazzz btul la nak kije ni...
erm diorang takde rase sunyik jerk kolej ni...kalo diorang ader plak kan haru biru kolej terutamanya aku le...yang ni kejar nak tau markah ni yang tu kejar nak tau markah tu...yang nun dok nak tanye macam mane buat bende...macam2 le gelagat diorang ni...


Skang ni aku tak nak bebel panjang2 cukup le aku membebel masa kat dlm kelas jerk...skang ni buat menghargai student2 ku yang kepala mereng cam cikgu die jugak aku post kan kat sini gelagat diorang bile disuruh posing kat depan kamera....




aik cikgu-cikgi pon tompang skaki...



Mr.Nahvin berbaju hitam : Eh Siti ko tengok Ms.Lily tu tengah layan perasaan..
Ms.Siti berbaju pink : ishk ko ni Nahvin..ko pi tengok Ms.Lily tengah skodeng aper tu?
Mr.Zuqny main pecet2 Handphone : Ya Allah..ko ampunkan la dose both of kawan ku ni...siang2 ari mengumpat jerk..XoXo...



ish ish ish...tulisan saper la kat blakang tu...macam cakar dinosour btul la...



Ha!! aiyok kantoi tengah melantaak dalam kelas...
P/S Ms Lily: Jage korang siap korang nanti..babab baru tau...!!!

Friday, October 16, 2009

My heartbeat....

Tajuk entry macam suspen (syok sendiri)..hehe..mane tak nyer bila ku hitung2 hari alamak...masa aku nak transform status dah dekat...akuuuu takuuuut...walaupon sebenarnya aku haaaaapppppyyyy...ceh lagik skali syok sendiri..