Mari Menyebut Nama NYA

Kelik-Kelik Dapat DuWet

Our Love Journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 28, 2009

Tabahkan hati harungi liku-liku hidup...

Assalamualaikum...


Semalam.27 Oktober 2009,hari yang agak bersejarah bagi aku,bukan disebabkan hari tu harijadi sesaper tetapi hari yang bagi aku banyak memberi kesedaran akan erti tanggungjawab sebagai seorang manusia.


Malam sebelum itu,aku terima satu panggilan dari salah seorang student ku mengatakan ayah kepada salah seorang lagi student ku telah kembali ke Rahmatullah.


selepas ku terima panggilan tu hati kecilku tiba2 rase terusik kerana salah satu sebabnya aku pon pernah mengalami nasib serupa seperti student ku itu,aku tau bagaimana rasa kehilangan orang yang tersayang sebab ayahku juga telah lama pergi menghadapNya..tapi aku kira nasib ku agak baik dek kerana aku masih ada ibu dan abang2 serta kakak2 yang sudi menjagaku..manakala student ku ini diuji lebih hebat daripada itu...masih lagi ku ingat ibunya juga telah dulu menghadap Illahi setahun yang lepas,semasa student ku itu mula2 masuk belajar.


Aku dapat bayangkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikulnya dengan perlu menjaga adik2 yang lain kerana dia anak sulung,dikala usianya baru menginjak 19 tahun...apalah daya dirinya...


Tapi aku bangga punya anak murid sepertinya yang ternyata lebih tabah dan kuat dari diriku...Aku yakin dia mampu berdiri dan membela nasib diri dan adik2....


Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan dapat memudahkan perjalanan hidup mereka adik beradik...


Kepada sesiapa yang membaca entry ini,ku kira elok lah kiranya kalau kita dapat sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah dan Allahyarhamah ibu beliau...semoga roh mereka dicucuri rahmat.Amin.


yang pergi takkan kembali kita yang masih selesa berpijak di bumi Tuhan harus bersyukur dan InsyaAllah masing2 dapat mengharungi liku-liku kehidupan dengan tabah.







P/S:Kepada pembace belog ini,sudilah kiranya kita hayati petikan diatas.InsyaAllah kita akan mensyukuri nikmat yang diberikan..walaupon dalam kekurangan...:)

No comments: